Soalan Lazim Frequently Asked Questions
Jawapan kepada soalan-soalan yang kerap ditanya berkaitan buli dan portal ini. Answers to commonly asked questions about bullying and this portal.
Buli ialah apa-apa perbuatan yang disengajakan terhadap mangsa yang menyebabkan kemudaratan fizikal terhadap mangsa atau barang mangsa.
Bully means any wilful act directed at a victim that causes physical harm to the victim or to the victim’s belongings.
Tidak. Ia juga terpakai untuk kanak-kanak yang belum bersekolah dan yang tidak bersekolah.
No. It also applies to children who are not yet attending school and children who are not enrolled in any school.
Akta Antibuli 2026 bukan sahaja terpakai kepada institusi pendidikan di bawah Akta Pendidikan 1996, tetapi juga meliputi institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), institusi pendidikan di bawah Kementerian Pertahanan serta institusi tertentu yang ditubuhkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
The Anti-Bully Act 2026 applies not only to educational institutions under the Education Act 1996, but also to educational institutions established under the Majlis Amanah Rakyat (MARA), educational institutions under the Ministry of Defence, and certain institutions established under the Child Act 2001.
Tidak. Buli boleh berlaku secara berulang atau dalam satu kejadian yang serius yang menyebabkan kemudaratan fizikal, psikologi atau sosial kepada mangsa.
No. Bully may occur repeatedly or in a single severe incident that causes physical, psychological or social harm to the victim.
Tribunal bagi Antibuli ditubuhkan untuk mendengar dan menentukan aduan buli secara cepat, mesra kanak-kanak, tanpa kos serta membantu menyediakan penyelesaian yang sesuai bagi kes yang berada di bawah bidang kuasanya.
The Tribunal for Anti-bully was established to hear and determine complaints of bully in a speedy, child-friendly and cost-free manner, as well as to provide appropriate remedies for matters within its jurisdiction.
Tribunal bagi Antibuli diwujudkan untuk menangani aduan buli melalui proses yang lebih mudah, cepat dan mesra kanak-kanak, manakala mahkamah jenayah mengendalikan kesalahan jenayah yang boleh membawa kepada pendakwaan dan hukuman. Jika sesuatu kejadian melibatkan unsur jenayah, laporan polis masih boleh dibuat.
The Tribunal for Anti-bully is designed to address complaints of bully through a simpler, faster and child-friendly process, whereas the criminal courts deal with criminal offences that may result in prosecution and punishment. Where an incident involves a criminal offence, a police report may still be lodged.
- Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun;
- Kanak-kanak yang ditahan, dipulihkan atau dilindungi di institusi termasuk Sekolah Henry Gurney; atau
- Ibu bapa atau penjaga mangsa.
- A child under the age of eighteen years;
- A child who is detained, rehabilitated or protected in an institution, including Henry Gurney School; or
- The parent or guardian of the victim.
Tribunal boleh mengeluarkan pelbagai award atau perintah, termasuk permohonan maaf, penghapusan kandungan digital, bayaran balik perbelanjaan, pampasan atau ganti rugi, program pemulihan, sesi kaunseling atau sokongan keibubapaan.
The Tribunal may make various awards or orders, including an apology, removal of digital content, reimbursement of expenses, compensation or damages, rehabilitation programme, counselling or parenting support sessions.
Tribunal Antibuli melindungi identiti mangsa melalui pendengaran secara tertutup dan sekatan terhadap penyiaran maklumat yang boleh mengenal pasti kanak-kanak.
The Tribunal protects the identity of victims through closed hearings and restrictions on the publication of information that may lead to the identification of a child.
Keputusan Tribunal bagi Antibuli adalah muktamad. Namun, dalam keadaan tertentu yang diperuntukkan oleh Akta, award Tribunal boleh dicabar di Mahkamah Tinggi melalui semakan kehakiman atas alasan ketidakteraturan yang serius dalam prosiding Tribunal.
An award of the Tribunal is final. However, in limited circumstances provided under the Act, a party may apply to the High Court through judicial review to challenge an award on the ground of serious irregularity affecting the award.
Kanak-kanak mempunyai hak untuk ditemani dan dibantu oleh ibu bapa atau penjaga semasa pendengaran Tribunal. Representasi oleh peguam hanya dibenarkan jika Tribunal berpendapat bahawa kes tersebut melibatkan isu undang-undang yang kompleks. Dalam hal ini, Tribunal juga boleh merujuk kanak-kanak yang tidak diwakili untuk pertimbangan bantuan guaman.
A child has the right to be accompanied and assisted by a parent or guardian during the hearing. Representation by an advocate and solicitor is only permitted where the Tribunal is of the opinion that the matter involves complex issues of law. In such cases, the Tribunal may also refer an unrepresented child for consideration of legal aid.
Pengantara hendaklah bersikap neutral dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Pengantaraan di bawah Akta Antibuli 2026 akan dikendalikan melalui Jabatan Bantuan Guaman (JBG) oleh pengantara yang telah menerima latihan yang bersesuaian.
A mediator must be neutral and impartial. Mediation under the Anti-Bully Act 2026 will be conducted through the Legal Aid Department by mediators who have received appropriate training.
Ketiadaan ibu bapa atau penjaga tidak semestinya menghalang Tribunal daripada meneruskan prosiding. Tribunal akan mempertimbangkan kepentingan terbaik kanak-kanak serta semua keadaan yang berkaitan sebelum memutuskan langkah yang paling sesuai.
The absence of a parent or guardian does not necessarily prevent the Tribunal from proceeding with the hearing. The Tribunal will consider the best interests of the child and all relevant circumstances before deciding on the most appropriate course of action.
Selain anggota yang mempunyai latar belakang perundangan, Akta Antibuli 2026 memperuntukkan bahawa Tribunal turut dianggotai oleh individu yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal dalam bidang kanak-kanak, psikologi, perkembangan kanak-kanak atau keadilan pemulihan kanak-kanak.
In addition to members with legal backgrounds, the Anti-Bully Act 2026 provides that the Tribunal shall also comprise persons who possess knowledge of or practical experience in matters relating to children, child psychology, child development or child restorative justice.
Menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang.
The Minister charged with responsibility for law.
Ahli Tribunal dilantik untuk tempoh 3 tahun dan boleh dilantik semula bagi 1 tempoh lagi berturut-turut.
Members of the Tribunal are appointed for a term of three years and may be reappointed for one further consecutive term.
Fungsi dan kuasa Suruhanjaya dijalankan oleh Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang dilantik di bawah Seksyen 5 dan 6A Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.
The functions and powers of the Commission are carried out by the Chief Children Commissioner appointed under sections 5 and 6A of the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999.
- Seorang Presiden dan seorang Timbalan Presiden dilantik dalam kalangan pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan;
- tidak kurang daripada 5 orang anggota lain terdiri daripada
- pegawai atau yang pernah memegang jawatan dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; atau
- orang yang diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], Ordinan Peguam Bela Sabah [Sabah Bab 2] atau Ordinan Peguam Bela Sarawak [Sarawak Bab 110], dan yang menjalankan amalan selama tidak kurang daripada 7 tahun dan mempunyai pengalaman dalam perkara kanak-kanak; dan
- tidak kurang daripada 5 orang anggota lain, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal dalam perkara yang berhubungan dengan kanak-kanak, psikologi dan pembangunan kanak-kanak atau keadilan pemulihan kanak-kanak.
- A President and a Deputy President appointed from among officers of the Judicial and Legal Service;
- Not less than five members who are officers of, or have held office in, the Judicial and Legal Service, or advocates and solicitors with at least seven years’ standing and experience in matters relating to children; and
- Not less than five members who possess knowledge of or practical experience in matters relating to children, child psychology, child development or child restorative justice.
Jika kes dibawa ke Tribunal bagi Antibuli, Tribunal akan menentukan sama ada perbuatan tersebut memenuhi takrifan “buli” di bawah Akta Antibuli 2026.
Where a complaint is brought before the Tribunal for Anti-bully, the Tribunal will determine whether the act falls within the definition of “bully” under the Act.
Pengadu bertanggungjawab untuk mengemukakan fakta dan bukti yang menyokong aduan buli.
The complainant is responsible for presenting the facts and evidence in support of the complaint.
Tidak. Di bawah Akta Antibuli 2026, hanya mangsa atau ibu bapa atau penjaga mangsa boleh menjadi pengadu. Namun, guru boleh menerima maklumat awal dan mengurus laporan buli melalui mekanisme Jawatankuasa Pencegahan dan Pengurusan Kes Buli.
No. Under the Act, only the victim or the parent or guardian of the victim may be a complainant. However, teachers may receive information regarding incidents of bully and manage reports through the Committee for the Prevention and Management of Bully Cases.
Bagi kes buli yang berlaku di institusi pendidikan atau institusi, aduan hendaklah terlebih dahulu dikemukakan kepada Jawatankuasa Pencegahan dan Pengurusan Kes Buli. Aduan boleh dibawa ke Tribunal jika tiada tindakan diambil, aduan tidak diuruskan dengan sewajarnya atau dirujuk oleh jawatankuasa dengan keizinan pengadu. Bagi kes mangsa kanak-kanak yang berlaku di luar pengawasan institusi pendidikan atau institusi, aduan boleh dibuat terus kepada Tribunal.
For incidents occurring within an educational institution or institution, the complaint must first be submitted to the Committee for the Prevention and Management of Bully Cases. The complaint may be brought before the Tribunal where no action has been taken, the complaint has not been properly dealt with, or the committee refers the complaint to the Tribunal with the informed consent of the complainant. Where the incident involves a child victim outside the supervision or monitoring of an educational institution or institution, a complaint may be lodged directly with the Tribunal.
Sekolah tahfiz yang didaftarkan sebagai institusi pendidikan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan tempat perlindungan yang ditubuhkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 adalah dilindungi di bawah Akta Antibuli 2026.
Tahfiz schools registered as educational institutions under the Education Act 1996 and places of refuge established under the Child Act 2001 are covered by the Anti-Bully Act 2026.
Seksyen 49 Akta Antibuli 2026 memperuntukkan bahawa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia hendaklah melaporkan semua aktivitinya yang berhubungan dengan pencegahan dan pengurusan kes buli di institusi pendidikan dan institusi sepanjang tahun dalam laporan tahunan ke Parlimen, menurut seksyen 21 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.
Section 49 of the Anti-Bully Act 2026 provides that the Human Rights Commission of Malaysia shall report annually to Parliament on its activities relating to the prevention and management of bully cases in educational institutions and institutions, pursuant to section 21 of the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999.
Tribunal mempunyai budi bicara untuk menentukan sama ada seorang ibu atau seorang bapa atau kedua-dua ibu bapa perlu hadir, mengikut keadaan kes.
The Tribunal has the discretion to determine whether one parent or both parents should attend, depending on the circumstances of the case.
Jika mangsa ialah seorang kanak-kanak, aduan boleh dibuat terus kepada Tribunal bagi Antibuli walaupun kejadian berlaku di rumah atau di luar pengawasan institusi pendidikan. Jika perbuatan tersebut turut melibatkan kesalahan jenayah atau penderaan, laporan polis juga boleh dibuat.
If the victim is a child, a complaint may be lodged directly with the Tribunal for Anti-bully even if the incident occurs at home or outside the supervision or monitoring of an educational institution. If the conduct also amounts to a criminal offence or abuse, a police report may also be lodged.
Akta Antibuli 2026 tidak memberikan peranan khusus kepada PDRM. Namun, jika kejadian buli turut melibatkan kesalahan jenayah, pengadu boleh membuat laporan polis dan PDRM boleh menjalankan siasatan mengikut undang-undang yang berkenaan.
The Anti-Bully Act 2026 does not confer any specific role upon PDRM. However, where an incident of bully involves a criminal offence, a complainant may lodge a police report and PDRM may conduct an investigation in accordance with the relevant laws.
Akta Antibuli 2026 meliputi kes buli yang melibatkan mangsa kanak-kanak yang merupakan pelajar walaupun kejadian berlaku di luar pengawasan sekolah. Dalam keadaan tersebut, aduan boleh dibawa terus kepada Tribunal bagi Antibuli.
The Anti-Bully Act 2026 covers incidents of bully involving a child victim who is a student, even if the incident occurs outside the supervision or monitoring of the school. In such circumstances, a complaint may be lodged directly with the Tribunal for Anti-bully.
Pengadu ialah mangsa atau ibu bapa atau penjaga mangsa. Walau bagaimanapun, jika warden mengetahui atau menerima maklumat mengenai kejadian buli di asrama, warden hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut tatacara institusi dan merujuk perkara tersebut kepada Jawatankuasa Pencegahan dan Pengurusan Kes Buli.
The complainant is the victim or the parent or guardian of the victim. However, where a warden becomes aware of or receives information regarding an incident of bully in a hostel, the warden should take appropriate action in accordance with the institution’s procedures and refer the matter to the Committee for the Prevention and Management of Bully Cases.
Tribunal boleh menjalankan pendengaran melalui cara elektronik jika sesuai.
Yes. The Tribunal may conduct hearings by electronic means where it considers it appropriate to do so.
Perlu membuat aduan? Need to make a complaint?
Ketahui cara untuk membuat aduan buli. Learn how to file a bullying complaint.