Kenali Tribunal About Tribunal
Pengenalan
Tribunal bagi antibuli merupakan salah satu saluran untuk menangani aduan buli. Sebelum memulakan aduan, semak kelayakan, maklumat yang diperlukan dan langkah-langkah proses Tribunal. Bagi kebanyakan kes yang melibatkan institusi pendidikan, aduan perlu melalui saluran yang disediakan oleh institusi terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada Tribunal. Jika terdapat risiko keselamatan, kecederaan atau keadaan yang memerlukan tindakan segera, dapatkan bantuan kecemasan atau bantuan yang berkaitan terlebih dahulu.
Latar Belakang Penubuhan
Penubuhan Tribunal bagi Antibuli adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memperkukuh mekanisme perlindungan terhadap mangsa buli dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan kondusif. Sebelum Tribunal ini diwujudkan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan siri Town Hall Antibuli dan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas berhubung isu buli serta mekanisme penyelesaiannya.
Peranan Tribunal
Tribunal bagi Antibuli berfungsi untuk mendengar dan menentukan aduan buli yang berada dalam bidang kuasanya. Tribunal turut menyediakan ruang kepada pihak-pihak yang terlibat untuk mengemukakan maklumat, keterangan dengan bukti sokongan sebelum sesuatu award atau perintah dibuat menurut Akta Antibuli 2026.